Monday, 29 January 2018

Monday, 20 October 2014

Senaman untuk sihat

Pentingnya senaman untuk kesihatan

kelebihan bersenam
basic exercise

Assalamualaikum semua, saya hendak menyentuh aspek bersenam. adakah para pembaca selalu bersenam? kalau ya angkat tangan ( hehehe ). Bersenam adalah aktiviti yang dilakukan bagimengeluarkan peluhmeningkatkan stamina dan menjaga tahap kesihatan yang baik.

Kenapa kita perlu bersenam?

Sebab kita nak sihat la.. hehehe.. senang nya jawab.. macam ni, macam mana kita nak tentukan seseorang itu sihat? cukup BMI? amalkan gaya hidup sihat? makan vitamin? back to basic ialah kita perlu bersenam. kalau kita terlalu kurus, kenapa perlu bersenam? bersenam bukan untuk kurus ye abang sayang kakak comel. bersenam adalah untuk membina otot. Kalau kita terlalu kurus, berat tak ckup, otot kurang, mudah dapat penyakit .bahaya jika terlampau kurus.

Terlampau sibuk sampai nak makan pun tak sempat inikan pulak nak bersenam?

nak seribu daya tak nak seribu dalih. jangan jadikan kehidupan seharian kita sebagai alasan untuk kita sihat. bukan ke kita nak sihat supaya dapat melakukan aktiviti harian dengan lancar.fikirkan lah ye?
ok, kalau terlampau bz sangat la kan nak tidur pun tak sempat, berjalan kaki ke tempat kerja pun bersenam tau. naik tangga. tak kan lambat punya la kalau anda pandai menguruskan masa.Perancangan itu penting.. kesihatan adalah perkara yang sangat bernilai.. bila anda sudah sakit baru akan rasa nikmatnya kesihatan yang baik. bersenam lah sebelum terlambat.

Senaman apa yang sesuai?

Pelbagai jenis senaman ada. yang yang macam mana? baring? duduk? berdiri? pilih je. tapi sebelum buat senaman yang betul-betul warming up dulu ye.. tak da lah nanti terkehel ke terseliuh ke. kalau saya, sebagai student, petang lepas je balik kelas, siap solat trus akan pergi jogging dekat taman riadah. kalau hari hujan atau pun memang tak sempat sangat, saya akan lakukan ini.

Sunday, 21 January 2018

LEMAK DALAM 4 MAKANAN INI MEMBANTU TURUNKAN BERAT BADAN

LEMAK DALAM 4 MAKANAN INI MEMBANTU TURUNKAN BERAT BADAN

1) Ikan Salmon
Protein tinggi pada salmon tidak boleh dicerna dengan mudah seperti karbohidrat. Namun fungsi dari protein tersebut adalah membentuk otot yang membantu pembakaran lemak dalam tubuh secara lebih maksimum.

2) Greek Yogurt
Di Eropah dan Amerika Serikat, Greek yogurt sudah menjadi trend, terutama bagi orang yang sedang mengurangkan berat badan. Ini didorong oleh kandungan lemak yang lebih sihat dalam greek yogurt berbanding yang biasa.

3) Olive Oil
Minyak zaitun mengandungi pelbagai zat alami yang berkhasiat tinggi untuk tubuh, selain untuk mengurangkan kadar kolesterol, minyak zaitun juga akan tetap memberikan anda tenaga sepanjang seharian untuk bekal bekerja anda.

4) Dark Chocolate
Lemak sihat dalam dark chocolate mampu memperlambat penyerapan gula ke dalam aliran darah. Lemak sihat  ini juga membantu mencegah peningkatan insulin yang menhalang sel lemak dalam tubuh dengan gula. Selain itu, antioksidan flavonoid atau flavonols yang ada di dalam  dark chocolate meningkatkan mekanisme pembakaran lemak.

Saturday, 15 April 2017


BAGI KAUM WANITA YANG NAK PUNGGUNG MENARIK BOLEHLAH AMALKAN TIP DIBAWAH
================================================
Apa yang pasti, kebanyakan wanita impikan punggung yang menarik
Selalunya, punggung wanita yang dah beranak-pinak, akan jatuh dan tak ada seri. Tu yang si suami dok melirik mata dekat perempuan lain.

Ramai yang akan cakap, nak cantik je mesti kena berbelanja besar. Tapi sebenarnya tak perlu pun.
Amalkan 5 tip mudah ini kalau nak punggung ‘merecik’.

1. Jangan ambil hidangan berat ketika sarapan
Menurut kajian, lagi berat sarapan pagi yang diambil, semakin banyak anda akan makan untuk waktu makan yang lain. Cukup dengan hanya minum susu bersama bijirin.

2. Makan dalam kuantiti sedikit tapi secara kerap
Langkah ini dapat meningkatkan kadar metabolisme badan untuk membakar kalori. Bahagikan waktu makan anda kepada lima kali. Tiga kali untuk hidangan utama (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) dan dua kali untuk snek.

3. Mulakan program 10,000 langkah sehari
Lebih banyak kalori terbakar setiap hari, lebih menawan punggung dan paha anda. Cara mudah untuk membentuk bahagian badan ini ialah dengan berjalan kaki. Jika ingin yang terbaik, lakukan senaman naik turun tangga.

4. Tinggalkan makanan pedas
Makanan pedas membuatkan pengumpulan lemak di bahagian paha dan pinggang. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti buah pir, harus elakkan makanan ini sama sekali.

5. Hati-hati pada jam 4.30 petang
Menurut kajian oleh California State University, 4:30 petang paling bahaya kerana pada waktu ini kadar tenaga berada di tahap paling rendah dan jika anda mengambil snek bergula, pastikan anda lakukan senaman naik turun tangga selama lima minit.

Wednesday, 12 April 2017

TIPS KEKAL KURUS DAN SIHAT

1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.
Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif tetapi tidak konsisten.
2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik.
Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.
Tidur tidak tentu, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
3. Makanan Kesihatan (Supplement)
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan.
Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan tambahan atau supplement.
Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.
4. Berfikir Masak-masak Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.
5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran.
Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran.
Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas?
Sedangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.
6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.
Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten.
Ini menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.
7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.
Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.
9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit.
Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan.
Jangan menyuntik racun ke dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.
10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan.
Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik.
Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.
11. Jaga Tindakan & utamakan keselamatan
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas.
Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.
12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman.
Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.

RESEPI UNTUK MENGEMPISKAN PERUT YANG KEHADAPAN DAN MENURUNKAN KOLESTROL ANDA .

.


Bahan-Bahan:
1. Sebiji Lemon
2. Halia dalam dua atau 3 inci
3. Air 1.5 liter
.
Seeloknya di buat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.
.
Cara minum :
Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh di habiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh di bawa ke pejabat. Minum sedikit2.. dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.

Tuesday, 11 April 2017

7 JENIS SENAMAN HILANGKAN PERUT BUNCIT DENGAN CEPAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera ðŸ™‚
Sebelum ini saya ada menyentuh mengenai masalah Tentang Perut Buncit Yang Perlu Diketahui. Persoalan tersebut melibatkan amalan seharian kita yang boleh menyebabkan terjadinya perut buncit serta perkara yang bukan menjadi punca perut buncit berlaku.
Walaupun kaedah untuk menghilangkan perut buncit sangat berkait rapat dengan pemakanan dan cara hidup kita, namun senaman turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membantu kita mendapat perut yang sentiasa kempis.
Membakar lemak yang tidak diingini dengan senaman yang betul juga akan membantu kita untuk menghilangkan perut buncit dengan lebih pantas.
Senaman Yang Bantu Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat

1# Hilangkan Perut Buncit Dengan Berlari Atau Berjalan
Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat Secara Jogging
Manurut Health & Fitness of The Times of India, dengan melakukan senaman, peratusan lemak di badan kita akan berkurangan. Maka, senaman sebenarnya bukan sahaja membakar lemak di bahagian perut kita, malah turut melibatkan lemak di bahagian badan yang lain.
Berlari dan berjalan adalah di antara dua jenis senaman terbaik dalam proses pembakaran lemak. Lagipun, keperluan utama kita hanyalah sepasang kasut yang bersesuaian. Walaupun berlari membakar lebih banyak kalori, namun berjalan pun tidak kurang bagusnya.
Berlari dan berjalan ni boleh dijadikan sebagai rutin harian kita sekiranya kita ingin menurunkan berat badan termasuk perut buncit. Namun jangan lupa untuk melakukan pemanasan (warm up) serta penyejukan (cool down) badan setiap kali kita ingin berlari atau berjalan.

2# Kempiskan Perut Buncit Dengan Elliptical Trainer (Mesin/Peralatan Senaman)
Hilangkan Perut Buncit Dengan Pantas Bersama Elliptical Trainer
Ada di antara kita yang tidak mempunyai sendi yang kuat sebagaimana sewaktu kita remaja dahulu. Begitu juga ada di antara kita yang mengalami kecederaan sendi atau otot. Maka jogging atau berjalan tidak sesuai untuk dilakukan.
Berita baik untuk golongan ini ialah Elliptical Trainer sangat membantu untuk mereka tetap melakukan senaman kerana ia memberikan impak yang rendah untuk senaman kardiovakular. Dengan kata lain, ianya kurang memberi tekanan terhadap sendi malah mengurangkan risiko kecederaan.
Malah, mereka yang mempunyai berat badan sekitar 66 KG (145 paun) mampu membakar 300 kalori dalam masa 30 minit dengan Elliptical Tainer ini.

3# Cara Hilangkan Perut Boroi Dengan Senaman Berbasikal
Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat Secara Senaman Berbasikal
Membakar lemak badan dan perut dengan senaman kardio adalah seperti kita sedang bertempur. Sangat energetic! Seterusnya ia turut membantu kita menguatkan otot-otot perut selepas lemak yang ada dibakar.
Senaman berbasikal adalah yang terbaik untuk perut kerana ia memerlukan penstabilan perut, putaran badan dan lebih aktiviti pada otot perut. Di antara latihan berbasikal yang boleh kita lakukan sebelum mula berbasikal ialah:-
Berbaring dengan dua tangan berada di dalam belakang kepala kita
Angkat lutut ke dada sambil mengangkat kepala dan bahu dari lantai
Bawa siku kanan ke lutut kiri dan luruskan kaki kanan
Ulang kembali untuk siku kiri ke lutut kanan dan luruskan kaki kiri
Terus ulang dan tukar gerakan 3 & 4 untuk merangsang gerakan mengayuh
Bernafas dengan tenang
Lakukan 1-3 set dengan 12-16 kali ulangan.

4# Hilangkan Perut Buncit Dengan Berbasikal
Kempiskan Perut Buncit Dengan Pantas Secara Berbasikal
Berbasikal adalah senaman kardio lain yang berimpak rendah. Ia boleh dilakukan secara santai sama ada untuk melancong atau bersiar-siar menikmati keindahan alam. Bergantung kepada tahap kelajuan (speed) dan tahap kesukaran yang diset boleh membakar di antara 250-500 kalori dalam masa 30 minit.


5# Kempiskan Perut Buncit Dengan Senaman Reverse Crunch
Cara Senaman Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat Secara Reverse Crunch
Reverse crunch merupakan senaman ke-5 terbaik untuk menguatkan otot teras. Cara melakukan reverse crunch ialah:-
Baring di atas permukaan lantai yang rata dengan tangan di sisi kita
Silang dan angkat kaki kita dari lantai sehingga lutut membuat sudut 90 darjah.
Tegangkan otot perut dan bahu daripada lantai
Hembus nafas sewaktu perut menegang dan sedut nafas apabila kita menurunkan
Lakukan sebanyak 1-3 set dengan 12-16 kali ulangan.

6# Hilangkan Perut Buncit Dengan Senaman Vertical Leg Crunch
Kempiskan pert buncit dengan senaman Vertical Leg Crunch
Senaman vertical leg crunch ni adalah hampir sama dengan senaman crunch biasa. Namun perbezaannya ialah kita perlu memastikan kaki sentiasa berada di dalam keadaan lurus, yang mana akan membuatkan perut kita bekerja dengan lebih keras lagi serta ianya akan meningkatkan lagi keberkesanan senaman ini. Cara-caranya ialah:-
Baring di atas lantai dengan dua tangan di belakang kepala kita
Luruskan kaki ke atas dengan lutut bersilang
Kempiskan perut untuk mengangkat kepala dan bahu
Baring kembali
Pastikan kedua-dua kaki tidak dijatuhkan sepanjang masa
Hembus nafas apabila kita menegangkan perut dan sedut nafas apabila kita kembali berbaring
Lakukan 1-3 set dengan ulangan 12-16 kali setiap sesi.


7# Hilangkan Perut Boroi Dengan Senaman Crunch Bola (Exercise Ball Crunch)
Senaman Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat Secara Exercise Ball Crunch
Senaman Ball Crunch ini memerlukan banyak penstabilan yang melibatkan lebih banyak otot. Apa yang kita perlukan adalah sebiji bola senaman. Cara melakukan senaman ball crunch:-
Baring di atas bola supaya belakang kita dapat disokong dan kaki dapat berdiri kukuh di atas lantai
Letakkan tangan di dada atau di belakang kepala
Tegangkan perut dan angkat badan kita ke hadapan
Baring kembali ke atas bola
Pastikan bola sentiasa stabil setiap kali melakukan crunch
Hembus nafas nafas sewaktu melakukan crunch, dan sedut nafas sewaktu kita menurunkan badan
Lakukan 1-3 sesi/set dengan 12-16 ulangan setiap sesi.

WAKTU BERSENAM YANG IDEAL PERLU DI AMALKAN


Seperti mana waktu tidur, dan waktu makan kita, bersenam juga ada waktu yang sesuai untuk kita lakukan. Waktu pagi, petang atau malam? Yang sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing.

1.Awal pagi
Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. Tapi jangan risau, bonus buat anda yang mampu lakukannya! Ini kerana senaman pagi mampu :
>Melanjutkan kesegeran dan mood
Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan sehingga ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman. Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu.
>Membakar lebihan lemak dalam badan
Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam badan ke tahap yang maksima.
Badan juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap penerimaan glukos dalam badan meningkat.
>Memberikan tenaga lebihan sepanjang hari
Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya. Itu adalah silap menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji.
Mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan kreatif dan itu berlanjutan sepanjang 12 jam selepas bersenam.
>Aktiviti pembakaran kalori berterusan
Jika anda bersenam badan membakar sebanyak 420 kalori tenaga, kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan.
>Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya dan asyik nak lepak dan duduk saja.
Cukuplah empat faktor di atas untuk meyakinkan anda bersenam di waktu pagi. Semuanya menjurus pada tahap kecergasan maksimum sepanjang hari yang mana semua orang yang mahu bekerja perlukan untuk menjalani kehidupan yang produktif.
Untuk tidak memberi kejutan terlampau kepada tubuh badan untuk bersenam pada awal pagi, lakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain.

2.Petang dan malam 
>Realitinya tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam. Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara waktu ideal selain pagi. Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu:
Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan.

Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam.

Lebih manfaat buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.

>Lakukan senaman anda mengikut waktu yang dirasakan sesuai. Jangan pula memilih waktu yang tidak sesuai akhirnya senaman yang dilakukan tidak mampu diteruskan dek kerana tiada masa. Semuanya terpulang kepada anda untuk bertindak! Ingatlah, kesihatan tubuh badan penting untuk kualiti hidup yang lebih baik.