Friday, 7 April 2017

Cara Nak Dapatkan Six Pack


Soalan yang biasa orang tanya kalau nak dapat six pack.
Antaranya :
a. Kalau aku gemuk boleh ke dapat six pack?
b. Berapa lama kena workout baru dapat six pack?
c. Kena diet ke baru boleh dapat bentuk badan macam The Rock?
1)TURUNKAN BERAT BADAN DULU
Yalah, kalau perut boroi macam mana nak dapat six pack. Bagi admin ada 2 cara dimana anda boleh turunkan berat badan iaitu melalui cara yang cepat dan cara yang lambat. 
Exercise yang admin suggest buat cardio macam running,walking and cycling. Exercises seperti ini kalau buat secara berterusan boleh mempercepatkan kadar pembakaran lemak dalam badan.
2)HILANGKAN LEMAK DEKAT PERUT
Kalau berat badan dah mencapai tahap ideal cuba hilangkan belly fat dekat bahagian perut. Kalau orang yang dah kurus tidak ada masalah.
Tetapi, kalau dekat gym anda boleh berlari atas treadmill dalam linkungan 10 minit dan buat weight lifting exercise. Dengan cara ini, ianya akan mempercepatkan kadar dengupan jantung dan memaksa tubuh untuk menggunakan lemak yang tersimpan.
Jika anda melakukan exercise ini secara berterusan kemungkinan untuk hilangkan lemak dekat bahagian perut adalah tinggi. Yang penting jangan menimbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya.
3) DAPATKAN SIX PACK
Cara yang terbaek untuk dapatkan six pack adalah melalui push up atau crunches. Kalau dekat gym dah ada bench untuk buat push up. Tapi kalau buat dekat rumah anda cari je lah tempat mana-mana yang sesuai. Atas katil pun boleh.
Tetapi rasanya ramai yang tidak suka buat tekan tubi. Tekan tubi lebih fokus dekat bahagian dada, bahu dan trisep. Tekan tubi atau push up ada banyak cara.
Yang selalu admin buat semi-planche push up dengan planche push up. Tapi kalau untuk beginner mula dengan classic push up dan teruskan dengan yang lebih advanced seperti yang disebutkan diatas. Kalau ada dumbell lagi bagus. Yang belum ada dumbell boleh beli kat kedai. Murah je harga. Lebih kurang RM 100
4)JAGA MAKANAN BILA DAH DAPAT 6 PACK
Jangan ingat bila dah ada six pack anda boleh makan camtu jer. Nanti tak berbaloi dengan masa dan duit yang dihabiskan tetapi dari segi pemakanan tidak dijaga. Banyakkan makan buah dengan sayur. Air pun kalau boleh minum 8 gelas sehari.Ingat, bukan air pepsi atau air coke. Air masak. Kalau air suam lagi elok.
Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan mengurangkan kadar simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak. Kalau anda makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren sebab minuman yang masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang mengandungi kurang gula.
Soalan yang biasa orang tanya kalau nak dapat six pack.
Antaranya :
a. Kalau aku gemuk boleh ke dapat six pack?
b. Berapa lama kena workout baru dapat six pack?
c. Kena diet ke baru boleh dapat bentuk badan macam The Rock?
1)TURUNKAN BERAT BADAN DULU
Yalah, kalau perut boroi macam mana nak dapat six pack. Bagi admin ada 2 cara dimana anda boleh turunkan berat badan iaitu melalui cara yang cepat dan cara yang lambat. Kalau nak cepat kuruskan badan cuba order VELICA FIVE.
Rxercise yang admin suggest buat cardio macam running,walking and cycling. Exercises seperti ini kalau buat secara berterusan boleh mempercepatkan kadar pembakaran lemak dalam badan.
2)HILANGKAN LEMAK DEKAT PERUT
Kalau berat badan dah mencapai tahap ideal cuba hilangkan belly fat dekat bahagian perut. Kalau orang yang dah kurus tidak ada masalah.
Tetapi, kalau dekat gym anda boleh berlari atas treadmill dalam linkungan 10 minit dan buat weight lifting exercise. Dengan cara ini, ianya akan mempercepatkan kadar dengupan jantung dan memaksa tubuh untuk menggunakan lemak yang tersimpan.
Jika anda melakukan exercise ini secara berterusan kemungkinan untuk hilangkan lemak dekat bahagian perut adalah tinggi. Yang penting jangan menimbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya.
3) DAPATKAN SIX PACK
Cara yang terbaek untuk dapatkan six pack adalah melalui push up atau crunches. Kalau dekat gym dah ada bench untuk buat push up. Tapi kalau buat dekat rumah anda cari je lah tempat mana-mana yang sesuai. Atas katil pun boleh.
Tetapi rasanya ramai yang tidak suka buat tekan tubi. Tekan tubi lebih fokus dekat bahagian dada, bahu dan trisep. Tekan tubi atau push up ada banyak cara.
Yang selalu admin buat semi-planche push up dengan planche push up. Tapi kalau untuk beginner mula dengan classic push up dan teruskan dengan yang lebih advanced seperti yang disebutkan diatas. Kalau ada dumbell lagi bagus. Yang belum ada dumbell boleh beli kat kedai. Murah je harga. Lebih kurang RM 100
4)JAGA MAKANAN BILA DAH DAPAT 6 PACK
Jangan ingat bila dah ada six pack anda boleh makan camtu jer. Nanti tak berbaloi dengan masa dan duit yang dihabiskan tetapi dari segi pemakanan tidak dijaga. Banyakkan makan buah dengan sayur. Air pun kalau boleh minum 8 gelas sehari.Ingat, bukan air pepsi atau air coke. Air masak. Kalau air suam lagi elok.
Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan mengurangkan kadar simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak. Kalau anda makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren sebab minuman yang masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang mengandungi kurang gula.

Thursday, 9 March 2017

PETUA PERUT KEMPIS



PETUA PERUT KEMPIS
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman.
Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam.
Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Monday, 6 March 2017

Lepas makan, kena bakar kalori!!


Lepas makan, kena bakar kalori!!
jangan makan saja,kena tahu bakar kalori,
kalori dalam badan yang berlebih membuatkan lemak berlebihan di seluruh anggota badan kita,terutama di kawasan perut dan paha.
Jadi amal kan tip bakar kalori selepas makan.

Tuesday, 28 February 2017

2 Punca Utama Perut Buncit

2 punca utama perut buncit yang anda mesti faham kalau anda betul- betul nak dapat perut yang kempis.
1. Tahap Pencernaan Yang Lemah
Mengikut Dr Webster, perut bertugas untuk menyerap zat dari makanan, menyingkirkan sisa dan membuang toksik melalui dubur.
Jadi, bila tahap pencernaan tidak pada tahap terbaik, maka antara kesan sampingannya ialah perut buncit dan gemuk.
Bila makanan tak dapat dipecahkan dengan baik. Penyerapan menjadi sangat rendah. Lapisan perut akan membentuk kerak yang tak dapat diproses oleh perut yang tidak cergas.
Jadi, kerak yang semakin tebal akan buatkan perut anda semakin buncit.
2. Metabolisma Yang Rendah
Metabolisma ialah proses menukar makanan kepada tenaga. Bila usia kita semakin meningkat, metabolisma kita semakin turun. Sebab itulah, walaupun makan sikit perut tetap buncit. Susah pulak tu nak kempis.
Jadi, makanan yang tidak ditukar menjadi tenaga akan disimpan sebagai lemak. Lemak- lemak ini akan lebih tertumpu ke bahagian perut, pinggang dan peha. Perut pun nampak buncit.

Sunday, 26 February 2017

9 Cara untuk Merehatkan Otot selepas Bersenam.


1. Bernafas /tarik nafas
Tarik nafas dengan dalam dan perlahan, bilang sehingga 4:4 saat dan lepaskan. Lakukannya beberapa kali. Ketika menghembuskan nafas, bayangkan segala ketegangan dan tenaga negatif mulai keluar daripada tubuh badan.

2. Senaman regangan
Senaman regangan sering diabaikan sedangkan ia sangat kritikal dalam memulih dan mengurangkan kekejangan otot. Lakukan senaman regangan selepas bersenam ketika otot masih berada di peringkat ‘hangat’.
Tahan setiap regangan dalam bilangan 15 hingga 30 saat. Lakukannya sehingga anda berasa otot selesa dan tidak lagi sakit.

3. Tidur
Siapa yang tidak mahukan tidur malam yang lena? Tidur bukan sahaja penting untuk kesihatan mental, malah ia memberikan otot rehat yang secukupnya. Mengurangkan waktu tidur akan melambatkan proses pemulihan, selain otot boleh menjadi sakit dan tegang.

4. Perancangan masa yang betul
Tidak kira berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk senaman, jika jadual harian tidak diatur sebaiknya, otot anda tidak akan dapat pulih secara optima. Hasilnya, anda akan berasa sakit dan otot menjadi tegang.
Berikan perhatian khusus kepada otot seperti trisep dan bisep, pastikan anda tidak terlebih dalam senaman yang disediakan.

5. Urutan
Teknik ini boleh melegakan tisu dalaman otot yang sukar dilegakan menerusi kaedah harian lain seperti senaman regangan. Ketika mengurut, fokuskan juga kepada teknik pernafasan supaya otot menjadi lebih selesa.

6. Mandian sauna
Teknik ini juga merupakan cara yang baik untuk rileks dan melegakan tubuh secara psikologi. Luangkan masa selama 10 hingga 15 minit, tetapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan tubuh menjadi terlalu penat.

7. Minum teh hijau
Diet ini cukup mudah dilaksanakan dan dimasukkan ke dalam rutin harian. Teh hijau mengandungi banyak unsur antioksidan yang berperanan menghilangkan elemen radikal bebas yang memberi kesan buruk kepada tubuh.

8. Akupuntur
Rawatan purba Cina ini juga boleh diaplikasikan. Seorang ahli akupuntur terlatih tahu semua titik tekanan pada tubuh yang boleh melegakan otot. Dapatkan ahli akupuntur bertauliah apabila otot anda berada dalam keadaan kurang selesa dan pastikan rawatan dilakukan dengan betul.

9. Senaman kardio ringan
Cuba berjalan di atas treadmill atau berbasikal secara ringan selama 10 hingga 15 minit selepas tamat sesi senaman. Ingat, pastikan latihan kardio ini tidak menjadi tekanan tambahan ke atas tubuh

12 CARA KEKAL KURUS & SIHAT





12 CARA KEKAL KURUS & SIHAT
1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.
Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif tetapi tidak konsisten.
2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik.
Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.
3. Makanan Kesihatan (Supplement)
Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan tambahan atau supplement.
4. Berfikir Masak-masak Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.
5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas?
Sedangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.
6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.
Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten.
7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.
Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.
9. Elakkan Tekanan
Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan.
10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan.
Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik.
Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.
11. Jaga Tindakan & utamakan keselamatan
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas.
Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.
12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman.
Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.

Monday, 12 December 2016

3 Cara Mengecilkan Paha dan Keadah Yang Tepat

                                                                            



Memiliki paha yang langsing dapat membuatkan bentuk tubuh anda terlihat lebih kemas dan bergaya. Selain itu lebih memudahkan dalam memilih seluar jeans. kerana jika memiliki paha yang besar sedikit susah dalam mencari ukuran yang sesuai dan selesa.

Mengecilkan paha berarti mengurangi tumpukan lemak pada area tersebut, oleh sebab itu Anda dapat memasukkan program diet dengan memperbanyak pengambilan serat, biji-bijian, gandum, dan melakukan gaya hidup yang sehat. Hindari makanan yang tinggi karbohidrat, lemak, gula, minuman berkafein dan bersoda.


Apa yang menyebabkan seseorang memiliki paha yang besar? 

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang memiliki paha besar, diantaranya adalah:

Gender
Wanita cenderung memiliki paha yang lebih besar daripada lelaki, hal ini kerana hormon estrogen yang dimiliki wanita mengarahkan untuk menimbun lemak pada area pinggul, pantat, dan paha.

Genetik
Faktor genetik memiliki pengaruh besar terhadap penumpukan lemak dalam tubuh. Meskipun merupakan faktor bawaan, namun Anda tetap boleh mengecilkan paha dengan cara yang tepat.

Seperti yang dijelaskan diatas, kebanyakan wanita cenderung menyimpan lemak pada area paha. Ini menunjukkan bahawa Anda haruslah berjuang dan berkerja untuk membakar lemak pada area tersebut.

Otot
Faktor lain penyebab paha yang besar adalah otot, membolehkan Anda memiliki otot paha yang besar secara alami. Belum lagi ditambah timbunan lemak sehingga membuat paha terlihat lebih besar.

Ada sesetengah dia antara kita memberitahu bahawa mengecilkan paha jauh lebih susah daripada mengecilkan perut, benarkah demikian? Well, sebaiknya Anda cuba dahulu beberapa latihan berikut untuk membuktikannya.


Latihan Pertama : Squat with Ball



Caranya:
  • Tempatkan bola latihan antara dinding dan lekukan punggung bawah Anda.
  • Berdiri dengan kaki selebar bahu yang direnggangkan.
  • Tekuk lutut Anda pada posisi lebih rendah antara 5 sampai 10 inci, menjaga posisi bahu dan pinggul. Tahan posisi ini selama 3 detik, setelah itu berdiri kembali.
  • Mulailah dengan 5 kali pengulangan dan lanjutkan ke latihan berikutnya. Anda bisa mengambil istirahat selama 30 detik selama jeda antar set.

Latihan kedua: Flamingo Balance


Cara Mengecilkan Paha

Caranya:
  • Pegang dumbbell di tangan kanan, berdiri dengan tangan kiri Anda di pinggul.
  • Berdiri condong ke depan, mengangkat kaki kiri Anda ke belakang setinggi pinggul. Pada saat yang sama, tinju lengan kanan ke depan .
  • Putar telapak tangan menghadap ke atas, lakukan latihan bisep.
  • Turunkan kaki sebentar, kemudian ulangi untuk 12 kali pengulangan. Pastikan untuk menjaga kaki kiri lurus saat menekuk lutut kanan.
  • Setelah pengulangan selama 12 kali, lakukan untuk sisi sebaliknya dengan 12 kali pengulangan juga.

Latihan Ketiga : Plyometric Squat


Cara Mengecilkan Paha

Caranya:
  • Jongkok, tekuk lutut Anda hingga 90 derajat.
  • Lompat dan kembali lagi dalam posisi jongkok. Gunakan kekuatan di kaki dan pantat saat Anda melompat.
  • Lakukan sampai 8 kali pengulangan.
  • Ambil posisi awal berdiri dengan kaki selebar bahu yang direnggangkan.
Ketiga latihan diatas dapat di lakukan secara berterusan dan teratur untuk mendapatkan paha yang langsing. Latihan tersebut mudah dan tanpa memerlukan bantuan seorang lain untuk melakukannya, Anda lakukan dimana saja dan bila-bila masa sahaja. Selamat mencuba!