Tuesday, 28 February 2017

2 Punca Utama Perut Buncit

2 punca utama perut buncit yang anda mesti faham kalau anda betul- betul nak dapat perut yang kempis.
1. Tahap Pencernaan Yang Lemah
Mengikut Dr Webster, perut bertugas untuk menyerap zat dari makanan, menyingkirkan sisa dan membuang toksik melalui dubur.
Jadi, bila tahap pencernaan tidak pada tahap terbaik, maka antara kesan sampingannya ialah perut buncit dan gemuk.
Bila makanan tak dapat dipecahkan dengan baik. Penyerapan menjadi sangat rendah. Lapisan perut akan membentuk kerak yang tak dapat diproses oleh perut yang tidak cergas.
Jadi, kerak yang semakin tebal akan buatkan perut anda semakin buncit.
2. Metabolisma Yang Rendah
Metabolisma ialah proses menukar makanan kepada tenaga. Bila usia kita semakin meningkat, metabolisma kita semakin turun. Sebab itulah, walaupun makan sikit perut tetap buncit. Susah pulak tu nak kempis.
Jadi, makanan yang tidak ditukar menjadi tenaga akan disimpan sebagai lemak. Lemak- lemak ini akan lebih tertumpu ke bahagian perut, pinggang dan peha. Perut pun nampak buncit.

Sunday, 26 February 2017

9 Cara untuk Merehatkan Otot selepas Bersenam.


1. Bernafas /tarik nafas
Tarik nafas dengan dalam dan perlahan, bilang sehingga 4:4 saat dan lepaskan. Lakukannya beberapa kali. Ketika menghembuskan nafas, bayangkan segala ketegangan dan tenaga negatif mulai keluar daripada tubuh badan.

2. Senaman regangan
Senaman regangan sering diabaikan sedangkan ia sangat kritikal dalam memulih dan mengurangkan kekejangan otot. Lakukan senaman regangan selepas bersenam ketika otot masih berada di peringkat ‘hangat’.
Tahan setiap regangan dalam bilangan 15 hingga 30 saat. Lakukannya sehingga anda berasa otot selesa dan tidak lagi sakit.

3. Tidur
Siapa yang tidak mahukan tidur malam yang lena? Tidur bukan sahaja penting untuk kesihatan mental, malah ia memberikan otot rehat yang secukupnya. Mengurangkan waktu tidur akan melambatkan proses pemulihan, selain otot boleh menjadi sakit dan tegang.

4. Perancangan masa yang betul
Tidak kira berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk senaman, jika jadual harian tidak diatur sebaiknya, otot anda tidak akan dapat pulih secara optima. Hasilnya, anda akan berasa sakit dan otot menjadi tegang.
Berikan perhatian khusus kepada otot seperti trisep dan bisep, pastikan anda tidak terlebih dalam senaman yang disediakan.

5. Urutan
Teknik ini boleh melegakan tisu dalaman otot yang sukar dilegakan menerusi kaedah harian lain seperti senaman regangan. Ketika mengurut, fokuskan juga kepada teknik pernafasan supaya otot menjadi lebih selesa.

6. Mandian sauna
Teknik ini juga merupakan cara yang baik untuk rileks dan melegakan tubuh secara psikologi. Luangkan masa selama 10 hingga 15 minit, tetapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan tubuh menjadi terlalu penat.

7. Minum teh hijau
Diet ini cukup mudah dilaksanakan dan dimasukkan ke dalam rutin harian. Teh hijau mengandungi banyak unsur antioksidan yang berperanan menghilangkan elemen radikal bebas yang memberi kesan buruk kepada tubuh.

8. Akupuntur
Rawatan purba Cina ini juga boleh diaplikasikan. Seorang ahli akupuntur terlatih tahu semua titik tekanan pada tubuh yang boleh melegakan otot. Dapatkan ahli akupuntur bertauliah apabila otot anda berada dalam keadaan kurang selesa dan pastikan rawatan dilakukan dengan betul.

9. Senaman kardio ringan
Cuba berjalan di atas treadmill atau berbasikal secara ringan selama 10 hingga 15 minit selepas tamat sesi senaman. Ingat, pastikan latihan kardio ini tidak menjadi tekanan tambahan ke atas tubuh

12 CARA KEKAL KURUS & SIHAT





12 CARA KEKAL KURUS & SIHAT
1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.
Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif tetapi tidak konsisten.
2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik.
Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.
3. Makanan Kesihatan (Supplement)
Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan tambahan atau supplement.
4. Berfikir Masak-masak Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.
5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas?
Sedangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.
6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.
Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten.
7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.
Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.
9. Elakkan Tekanan
Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan.
10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan.
Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik.
Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.
11. Jaga Tindakan & utamakan keselamatan
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas.
Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.
12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman.
Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.

Monday, 12 December 2016

3 Cara Mengecilkan Paha dan Keadah Yang Tepat

                                                                            



Memiliki paha yang langsing dapat membuatkan bentuk tubuh anda terlihat lebih kemas dan bergaya. Selain itu lebih memudahkan dalam memilih seluar jeans. kerana jika memiliki paha yang besar sedikit susah dalam mencari ukuran yang sesuai dan selesa.

Mengecilkan paha berarti mengurangi tumpukan lemak pada area tersebut, oleh sebab itu Anda dapat memasukkan program diet dengan memperbanyak pengambilan serat, biji-bijian, gandum, dan melakukan gaya hidup yang sehat. Hindari makanan yang tinggi karbohidrat, lemak, gula, minuman berkafein dan bersoda.


Apa yang menyebabkan seseorang memiliki paha yang besar? 

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang memiliki paha besar, diantaranya adalah:

Gender
Wanita cenderung memiliki paha yang lebih besar daripada lelaki, hal ini kerana hormon estrogen yang dimiliki wanita mengarahkan untuk menimbun lemak pada area pinggul, pantat, dan paha.

Genetik
Faktor genetik memiliki pengaruh besar terhadap penumpukan lemak dalam tubuh. Meskipun merupakan faktor bawaan, namun Anda tetap boleh mengecilkan paha dengan cara yang tepat.

Seperti yang dijelaskan diatas, kebanyakan wanita cenderung menyimpan lemak pada area paha. Ini menunjukkan bahawa Anda haruslah berjuang dan berkerja untuk membakar lemak pada area tersebut.

Otot
Faktor lain penyebab paha yang besar adalah otot, membolehkan Anda memiliki otot paha yang besar secara alami. Belum lagi ditambah timbunan lemak sehingga membuat paha terlihat lebih besar.

Ada sesetengah dia antara kita memberitahu bahawa mengecilkan paha jauh lebih susah daripada mengecilkan perut, benarkah demikian? Well, sebaiknya Anda cuba dahulu beberapa latihan berikut untuk membuktikannya.


Latihan Pertama : Squat with Ball



Caranya:
  • Tempatkan bola latihan antara dinding dan lekukan punggung bawah Anda.
  • Berdiri dengan kaki selebar bahu yang direnggangkan.
  • Tekuk lutut Anda pada posisi lebih rendah antara 5 sampai 10 inci, menjaga posisi bahu dan pinggul. Tahan posisi ini selama 3 detik, setelah itu berdiri kembali.
  • Mulailah dengan 5 kali pengulangan dan lanjutkan ke latihan berikutnya. Anda bisa mengambil istirahat selama 30 detik selama jeda antar set.

Latihan kedua: Flamingo Balance


Cara Mengecilkan Paha

Caranya:
  • Pegang dumbbell di tangan kanan, berdiri dengan tangan kiri Anda di pinggul.
  • Berdiri condong ke depan, mengangkat kaki kiri Anda ke belakang setinggi pinggul. Pada saat yang sama, tinju lengan kanan ke depan .
  • Putar telapak tangan menghadap ke atas, lakukan latihan bisep.
  • Turunkan kaki sebentar, kemudian ulangi untuk 12 kali pengulangan. Pastikan untuk menjaga kaki kiri lurus saat menekuk lutut kanan.
  • Setelah pengulangan selama 12 kali, lakukan untuk sisi sebaliknya dengan 12 kali pengulangan juga.

Latihan Ketiga : Plyometric Squat


Cara Mengecilkan Paha

Caranya:
  • Jongkok, tekuk lutut Anda hingga 90 derajat.
  • Lompat dan kembali lagi dalam posisi jongkok. Gunakan kekuatan di kaki dan pantat saat Anda melompat.
  • Lakukan sampai 8 kali pengulangan.
  • Ambil posisi awal berdiri dengan kaki selebar bahu yang direnggangkan.
Ketiga latihan diatas dapat di lakukan secara berterusan dan teratur untuk mendapatkan paha yang langsing. Latihan tersebut mudah dan tanpa memerlukan bantuan seorang lain untuk melakukannya, Anda lakukan dimana saja dan bila-bila masa sahaja. Selamat mencuba!

Monday, 5 December 2016

Jom! Luangkan masa 10 minit sahaja setiap pagi untuk lakukan 5 langkah regangan ini:
1. Upward Stretch
Ibarat anda sedang menyentuh langit di pagi hari, dalam keadaan bersila, selitkan jari kedua belah tangan anda antara satu sama lain dan luruskan kedua-dua tangan ke atas sambil meluruskan juga tulang belakang sampai anda merasa sedikit tegang. Tahan dalam 10 saat dan ulang semula.
2. Neck and Shoulder Stretch
Aktiviti ini baik untuk mengurangkan ketegangan di bahagian leher dan bahu yang berlaku ketika tidur. Dalam keadaan bersila, tarik kepala anda ke bahu kanan dengan menggunakan tangan kanan sampai anda rasa sedikit tegang di bahagian tepi leher. Kemudian tukar untuk sisi lain. Ulangi 4-5 kali.
Untuk bahu pula, anda cuma perlu gulungkan ke hadapan dan ke belakang, kemudian angkat bahu anda ke arah telinga. Ulangi 4-5 kali.
3. Reclining Spinal Twist
Langkah ini antara cara terbaik untuk mengurangkan tekanan pada bahagian belakang anda. Dalam posisi berbaring, ratakan kedua belah tapak tangan anda ke permukaan. Kemudian, perlahan-lahan miringkan kedua belah kaki anda samaada ke kanan atau ke kiri tanpa mengalihkan posisi badan. Tahan 10 saat dan ulangi 3-4 kali.
Janga risau jika anda terdengar bunyi “krak” ketika melakukannya kerana itu sebahagian daripada regangan.
4. Lying Side Quad Stretch
Selalu kita dengara squads hanya ketika berdiri sahaja, tapi yang ini kita boleh lakukan ketika berbaring! Untuk aktiviti ini memerlukan beberap langkah:
Pastikan anda dalam posisi mengiring dan salah satu tangan diletakkan di bahagian tepi muka untuk menampung kepala.
Dengan menggunakan satu lagi tangan, tarik kaki yang atas ke belakang dan kaki yang berada di permukaan diluruskan.
Pastikan juga otot pinggul dikemut untuk dapatkan hasil yang maksima.
5. Hamstring Stretch
Mungkin aktiviti ini agak sukar sedikit bagi mereka yang buncit. Tapi tak mengapa, anda boleh juga lakukan sekadar mampu. Dalam posisi berbaring, pastikan tulang belakang dan pinggul rata di permukaan. Kemudian, perlahan-lahan angkat salah satu kaki ke atas dan tahan dengan kedua belah tangan anda. Tahan 10 saat sambil memutarkan tapak kaki. Tukar kaki lain dan ulangi 4-5 kali.

Thursday, 1 December 2016

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat

Kali ini aku nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 
  8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

FAKTOR YANG MEMBUAT PERUT LAPAR WALAUPUN TELAH MAKAN

Rasa lapar tidak selalu terjadi karena tubuh manusia membutuhkan energi dan nutrisi. Beberapa Faktor yang Membuat Perut Lapar meskipun tubuh telah menerima asupan energi dan kalori yang cukup. 7 faktor inilah yang membuat lapar seperti dikutip dari Womansday dan pahami rasa lapar mana yang sebenarnya.
1. Kekurangan tidur di Malam Hari
Tubuh yang kurang tidur akan kehilangan energi dan membuat bingung hormon nafsu makan. Akhirnya tubuh merasa lapar berlebihan dan rasa ingin makan pagi harinya meningkat. tidur yang cukup selama 8 jam menjadi cara untuk mengurangi rasa ingin makan berlebihan. Juru bicara American Dietetic Association Karen Ansel, RD mengatakan bahwa tubuh yang kekurangan energi, tingkat leptin (hormon yang diproduksi sel lemak untuk pengontrol nafsu makan) akan menurun, dan tingkat gherlin (hormon yang memicu nafsu makan) akan meningkat.
2. Menggunakan Obat-obatan
Setelah minum antiobiotik untuk reaksi alergi, radang sendi, batuk/jerawat dan kemudian merasa lapar, maka itulah penyebabnya. Obat jenis steroid ringan seperti prednisone atau corticosteroid akan memicu lapar yang berlebihan. Pemilik One Source Nutrition Milton Stokes, RD mengatakan bila sebelum minum obat telah makan dengan porsi normal maka lapar yang ditimbulkan sesudahnya dapat diabaikan. Dapat mengalihkan rasa lapar dengan mengunyah permen karet, segelas kecil kopi hangat ataupun dengan menggosok gigi.
3. Dehidrasi
Tubuh merasakan gejala yang hampir sama saat merasakan dehidrasi atau saat lapar yaitu merasa ngantuk dan tubuh lemas. Kondisi ini membuat kita berpikir untuk makan agar menaikkan energi di dalam tubuh. Jika merasakan haus maka mulut akan kering dan terasa lapar. Sebelum makan jika merasakan lapar, sebaiknya minum 1 gelas air putih/segelas teh herbal. Tunggulah 10 menit, apabila rasa lapar telah hilang itu artinya tubuh kita hanya membutuhkan cairan.
4. Setelah Olahraga
Selesai melakukan olahraga keras seperti latihan spinning atau interval, biasanya menimbulkan rasa lapar. Tetapi hal ini tidak berarti tubuh kita memerlukan banyak kalori. Konsultan nutrisi dan dietMarissa Lipper, RD, di New York City berpendapat bahwa rasa lapar datang sebagai sinyal kalau tubuh manusia memerlukan nutrisi yang cukup.
5. Ada yang Makan di Dekat Kita
Penelitian dari Duke University dan Arizona State University menyatakan jika wanita sering ikut kebiasaan makan teman dekatnya. Saat ada satu yang makan maka orang lain yang bersamanya ingin ikut makan juga. Jadi bila ada teman yang makan sebaiknya Anda segera pindah atau jalan-jalan sebentar. Jangan mengikuti keinginan agar makan atau mencoba makanan tersebut.
6. Melihat atau Terhirup Aroma Makanan
Saat melihat makanan walau dari gambar, iklan/TV dapat menimbulkan hasrat makan. Mencium bau roti juga dapat menimbulkan rasa lapar. Sebaiknya segera menjauh atau melihat program TV lainnya agar rasa lapar tidak muncul.
7. Stress
Ketika sedang stress maka tubuh bisa menjadi gemuk. Beberapa penelitian menyatakan bawa jika orang yang mengalami stres akan mengonsumsi makanan yang tinggi lemak, manis dan asin. Penyebab rasa ingin makan menggila karena adanya hormone cortisol dan insulindi dalam tubuh. Apabila sedang stres, cobalah untuk segera menjernihkan pikiran dan mengatasinya. (chy)