Monday, 20 October 2014
Senaman untuk sihat
Pentingnya senaman untuk kesihatan
basic exercise |
Assalamualaikum semua, saya hendak menyentuh aspek bersenam. adakah para pembaca selalu bersenam? kalau ya angkat tangan ( hehehe ). Bersenam adalah aktiviti yang dilakukan bagimengeluarkan peluh, meningkatkan stamina dan menjaga tahap kesihatan yang baik.
Kenapa kita perlu bersenam?
Sebab kita nak sihat la.. hehehe.. senang nya jawab.. macam ni, macam mana kita nak tentukan seseorang itu sihat? cukup BMI? amalkan gaya hidup sihat? makan vitamin? back to basic ialah kita perlu bersenam. kalau kita terlalu kurus, kenapa perlu bersenam? bersenam bukan untuk kurus ye abang sayang kakak comel. bersenam adalah untuk membina otot. Kalau kita terlalu kurus, berat tak ckup, otot kurang, mudah dapat penyakit .bahaya jika terlampau kurus.Terlampau sibuk sampai nak makan pun tak sempat inikan pulak nak bersenam?
nak seribu daya tak nak seribu dalih. jangan jadikan kehidupan seharian kita sebagai alasan untuk kita sihat. bukan ke kita nak sihat supaya dapat melakukan aktiviti harian dengan lancar.fikirkan lah ye?ok, kalau terlampau bz sangat la kan nak tidur pun tak sempat, berjalan kaki ke tempat kerja pun bersenam tau. naik tangga. tak kan lambat punya la kalau anda pandai menguruskan masa.Perancangan itu penting.. kesihatan adalah perkara yang sangat bernilai.. bila anda sudah sakit baru akan rasa nikmatnya kesihatan yang baik. bersenam lah sebelum terlambat.