Wednesday, 23 November 2016

Kalkulator BMI untuk Menghitung Berat/Tinggi Badan Ideal Manusia

BMI atau Body Mass Index (Indeks Berat Badan) adalah ideks yang digunakan untuk menunjukkan apakah berat badan seseorang termasuk kurus, ideal, gemuk, atau obesiti.

Berdasarkan penelitian, menunjukkan jika indeks BMI lebih besar atau sama dengan 25 dapat menyebabkan munculnya berbagai risiko penyakit, seperti penyakit jantung, kanser, dll. Sebaliknya, jika indek BMI rendah (di bawah 18) memiliki risiko munculnya penyakit osteorporosis. Jangan jangan ambil remeh hal ini, segera mengatur strategi diet anda dengan doktor.  
Perlu diperhatikan juga, untuk profesional seperti atlet mungkin akan sedikit berbeza. Kerana atlet memiliki berat badan yang besar dari otot, bukan lemak. Hal ini mungkin tidak akan relevan dengan kalkulator BMI.

Tuesday, 22 November 2016

Manfaat mengkonsumsi jus nanas


Jus nanas yang benar-benar terasa segar dan nikmat diminum setelah lelah bekerja seharian, manfaatnya juga tidak kalah baiknya dibandingkan rasanya, seperti meremajakan sel-sel di dalam tubuh.

Mengkonsumsi jus nanas untuk anak-anak bermanfaat untuk pertumbuhan tulang mereka, demikian juga untuk orang tua yang mengkonsumsi jus nanas bermanfaat untuk menjaga kesehatan tulang agar tetap baik. 

Kandungan nutrisi buah nanas yang sangat banyak, dengan kaya akan vitamin, protein, dan mineral penting yang lainnya, dengan kandungan lemak yang rendah dan juga rendah kalori, serta menyegarkan tubuh maka sangat cocok dikonsumsi di siang hari.

Berikut di bahwa ini beberapa manfaat buah nanas, yang terasa lebih nikmat ketika dibuat jus:

1. Memperkuat sistem kekebalan (imun) tubuh

Sistem imun tubuh yang baik, mencegah timbulnya penyakit seperti batuk, pilek, sakit tenggorokan, hingga yang sangat parah seperti penyakit bronkitis. Selain itu kandungan bromelain di dalam buah nanas dikenal sebagai zat anti kanker

2. Kaya akan kandungan vitamin C

Buah nanas memiliki kandungan bromelain dan vitamin C yang tinggi, dengan kaya antioksidan, yang bermanfaat untuk melawan radikal bebas yang menyerang tubuh.

Vitamin C juga bermanfaat untuk mencegah penumpukan plak pada arteri atherosclerosis yang dapat menimbulkan penyakit jantung.

3. Kesehatan tulang

Kandungan Magnesium dan kalsium pada buah nanas bermanfaat untuk membantu dalam memperkuat tulang dan juga jaringan ikat.

4. Kaya akan kandungan serat.

Pada buah Nanas juga memiliki kandungan serat yang penting untuk menyehatkan dan mengoptimalkan kerja usus, yang juga dapat mengobati cacingan dan menghilangkan (membuang) penumpukan racun yang ada di ginjal dan hati.

5. Mengatasi rasa nyeri.

Hal cukup unik bahwasannya jus nanas segar merupakan minuman yang sangat penting untuk para binaragawan, hal itu disebabkan dari kandungan bromelain yang didalamnya, yang bermanfaat untuk mengatasi sakit pada otot tubuh.

Sehingga buah nanas ini dapat dimanfaatkan untuk nyeri sendi, selain itu berperan dalam meminimalisir terjadinya pembekuan darah.

6. Kesehatan pencernaan

Jus nanas dapat Kamu manfaatkan untuk mengobati penyakit konstipasi, sembelit, dan juga rasa mual. Kemudian, mengkonsumsi nanas (dalam jumlah yang tidak berlebihan) memiliki khasiat yang baik untuk kesehatan pencernaan.

Selain itu, nanas mengandung serat, salah satu nutrisi sangat direkomendasikan untuk menjaga keteraturan usus.

Enzim alami yang terkandung dalam jus nanas juga memainkan peran penting dalam peningkatan fungsi usus. Selain itu, kaya akan vitamin C membantu tubuh menjadi lebih tahan terhadap infeksi dan penyakit.

Jus nanas bertindak sebagai pencahar alami sehingga merupakan alternatif yang baik untuk stimulan aksatif yang dapat untuk mengatasi sembelit dan buah nanas adalah resep obat pencahar alami.

Untuk anak-anak yang menderita sembelit ringan, sebaiknya minum setengah cangkir jus nanas setiap pagi.

Untuk orang dewasa dengan sembelit ringan, yang disarankan biasanya minum segelas jus nanas yang beberapa saat kemudian (5-15 menit) diikuti dengan minum segelas air.

7. Meredakan peradangan

Kandungan mromelain bisa berperan sebagai zat anti peradangan, anti pengentalan darah, dan anti kanker.

Pada penelitian yang dilakukan para ahli, memberikan hasil bahwa mengkonsumsi nanas secara teratur dapat membantu melawan arthritis dan juga masalah pencernaan.

Kandungan bromelain sering dimanfaatkan dalam mengatasi masalah peradangan pada kulit.

Seperti untuk mengobati memar di tubuh, kesleo, mengurangi bengkak, serta dapat mengurangi rasa sakit yang diderita.

8. Penyembuhan cepat

Terdapat kandungan di dalam nanas yang bersifat sebagai anti-inflamasi, yang bermanfaat untuk menyembuhkan infeksi dan luka dengan lebih cepat.

Agar luka menjadi cepat sembuh, untuk obat luarnya, bisa mengoleskan jus nanas pada tempat yang sakit.

Rasanya memang akan MENYAKITKAN alias perih, tetapi jus nanas ini dapat membantu membersihkan luka dan membuat proses penyembuhan lebih cepat.

9. Kesehatan jantung

Memperlancar kerja jantung dan mengurangi terjadinya pembekuan darah dalam aliran darah.

Sejumlah penelitian, seperti di Finlandia dan China, masing-masing penelitian menunjukan hasil bahwa asupan vitamin C yang mencukupi untuk tubuh bermanfaat untuk menurunkan risiko penyakit jantung koroner.

10. Menyegarkan tubuh

Buah nanas ini sangat menyegarkan tubuh, terutama di siang hari, sembari menghilangkan lelah dan jenuh setelah bekerja seharian.

ps : Untuk jus nanas menjadi lebih berkhasiat dan enak diminun tanpa rasa perit perlu lah mencampur buah pear agar lebih berkhasiat dan menyihatkan tubuh badan.


5 Cara Turunkan Berat Badan Secara Sihat.

Sekarang ini ramai orang yang sedang berusaha untuk kurus atau turunkan berat badan dan sudah semestinya anda ingin dapatkan hasil yang segera iaitu dengan melakukan pelbagai cara samada membeli produk suplemen untuk kuruskan badan di pasaran atau mengamalkan pelbagai petua dan program-program latihan seperti senaman, tahan lapar dan sebagainya. Apa yang mereka harapkan adalah dengan melakukan  semua aktiviti itu dapat turunkan berat badan dalam satu tempoh masa yang singkat. Kadang-kadang ia juga menyebabkan tekanan kepada individu tersebut. oleh itu, disini saya ada beberapa cara diet secara sihat. Ini adalah bertujuan untuk membantu dan membimbing anda diluar sana tentang cara yang betul untuk turunkan berat badan dengan cepat. Disamping itu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu fahami mengenai penurunan berat badan dengan cepat dan selamat. Antara amalan yang boleh dilakukan untuk kurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat adalah seperti berikut.

111. Kurangkan berat badan dengan diet yang seimbang.
Apa yang anda boleh lakukan ialah rancang jadual pemakanan dan jangan melakukan diet tanpa jadual yang betul yang boleh memudaratkan kesihatan anda. Jika anda ingin menurunkan berat badan, adalah dinasihatkan supaya mencuba diet sihat yang dapat membantu mencapai matlamat anda tanpa membahayakan kesihatan.
Tips mudah yang perlu diingat semasa berdiet.
  • Jangan melangkau waktu makan
  • Banyakkan meminum air kosong
  • Makan sedikit tetapi kerap , ini dapat meningkatkan metabolisme.
  • Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , daging tanpa lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.
  • Catatkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga bagaimana anda rasa setiap kali selepas makan.
2. Perlu Aktif Bergerak.
Untuk langkah awal bagi yang ingin turunkan berat badan, anda tidak perlu melakukan sukan yang berat seperti olah raga sebagai aktiviti harian anda untuk buatkan anda rasa segar dan cergas. Tetapi anda boleh melakukan aktiviti yang anda suka supaya aktiviti itu dapat dilakukan berulang kali dan anda tidak mudah bosan. Antara aktiviti yang disarankan adalah bermain futsal bersama rakan-rakan ataupun anda boleh berbasikal bersama keluarga sambil santai bersama orang tersanyang. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat kurangkan berat badan malah ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga dan rakan. Aktiviti ini anda boleh lakukan 3 kali dalam seminggu.
3. Makan Makanan Yang Boleh Mengenyangkan Anda
Memakan makanan yang seimbang bukan sahaja memberikan anda nutrisi rendah kalori, malah ia juga boleh memberikan anda rasa kenyang dengan cepat. Hal ini sangat baik kerana boleh menghadkan pengambilan makanan agar tidak berlebihan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memuatkan makanan-makanan berikut ke dalam menu harian anda:
  • Bijian oat
  • Epal
  • Telur
  • Halia
  • Kekacang
  • Sayuran hijau
  • Ubi
  • Coklat hitam (dark chocolate)
4. Kira jumlah kalori
Apabila anda mengetahui kadar minimum kalori yang diperlukan oleh badan setiap hari ia dapat membantu anda untuk merancang pemakanan yang lebih berkesan. Sepertimana yang kita tahu jumlah kalori individu adalah berbeza dan ia akan berubah mengikut peningkatan umur. Selain itu anda juga boleh merujuk kepada pakar pemakanan atau dapatkan nasihat daripada doktor pakar dalam target penurunan berat badan supaya anda dapat turunkan berat badan dengan cara yang sihat dan tidak membebankan anda. Anda juga perlu memilih kadar nutrisi sayur-sayuran, buah-buahan, lemak dan protein yang seimbang supaya
5. Hindari kalori dalam minuman.
Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk dilakukan untuk turunkan berat badan. Anda perlu menggantikan minuman manis seperti tea ais, milo, nescafe dan minuman ringan yang lain demgan minuman bebas gula. Dengan cara ini anda dapat kurangkan berat badan anda senayak 10 kg dalam tempoh 2 bulan.

Monday, 21 November 2016

Senaman


Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.