Tuesday, 28 February 2017

2 Punca Utama Perut Buncit

2 punca utama perut buncit yang anda mesti faham kalau anda betul- betul nak dapat perut yang kempis.
1. Tahap Pencernaan Yang Lemah
Mengikut Dr Webster, perut bertugas untuk menyerap zat dari makanan, menyingkirkan sisa dan membuang toksik melalui dubur.
Jadi, bila tahap pencernaan tidak pada tahap terbaik, maka antara kesan sampingannya ialah perut buncit dan gemuk.
Bila makanan tak dapat dipecahkan dengan baik. Penyerapan menjadi sangat rendah. Lapisan perut akan membentuk kerak yang tak dapat diproses oleh perut yang tidak cergas.
Jadi, kerak yang semakin tebal akan buatkan perut anda semakin buncit.
2. Metabolisma Yang Rendah
Metabolisma ialah proses menukar makanan kepada tenaga. Bila usia kita semakin meningkat, metabolisma kita semakin turun. Sebab itulah, walaupun makan sikit perut tetap buncit. Susah pulak tu nak kempis.
Jadi, makanan yang tidak ditukar menjadi tenaga akan disimpan sebagai lemak. Lemak- lemak ini akan lebih tertumpu ke bahagian perut, pinggang dan peha. Perut pun nampak buncit.

Sunday, 26 February 2017

9 Cara untuk Merehatkan Otot selepas Bersenam.


1. Bernafas /tarik nafas
Tarik nafas dengan dalam dan perlahan, bilang sehingga 4:4 saat dan lepaskan. Lakukannya beberapa kali. Ketika menghembuskan nafas, bayangkan segala ketegangan dan tenaga negatif mulai keluar daripada tubuh badan.

2. Senaman regangan
Senaman regangan sering diabaikan sedangkan ia sangat kritikal dalam memulih dan mengurangkan kekejangan otot. Lakukan senaman regangan selepas bersenam ketika otot masih berada di peringkat ‘hangat’.
Tahan setiap regangan dalam bilangan 15 hingga 30 saat. Lakukannya sehingga anda berasa otot selesa dan tidak lagi sakit.

3. Tidur
Siapa yang tidak mahukan tidur malam yang lena? Tidur bukan sahaja penting untuk kesihatan mental, malah ia memberikan otot rehat yang secukupnya. Mengurangkan waktu tidur akan melambatkan proses pemulihan, selain otot boleh menjadi sakit dan tegang.

4. Perancangan masa yang betul
Tidak kira berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk senaman, jika jadual harian tidak diatur sebaiknya, otot anda tidak akan dapat pulih secara optima. Hasilnya, anda akan berasa sakit dan otot menjadi tegang.
Berikan perhatian khusus kepada otot seperti trisep dan bisep, pastikan anda tidak terlebih dalam senaman yang disediakan.

5. Urutan
Teknik ini boleh melegakan tisu dalaman otot yang sukar dilegakan menerusi kaedah harian lain seperti senaman regangan. Ketika mengurut, fokuskan juga kepada teknik pernafasan supaya otot menjadi lebih selesa.

6. Mandian sauna
Teknik ini juga merupakan cara yang baik untuk rileks dan melegakan tubuh secara psikologi. Luangkan masa selama 10 hingga 15 minit, tetapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan tubuh menjadi terlalu penat.

7. Minum teh hijau
Diet ini cukup mudah dilaksanakan dan dimasukkan ke dalam rutin harian. Teh hijau mengandungi banyak unsur antioksidan yang berperanan menghilangkan elemen radikal bebas yang memberi kesan buruk kepada tubuh.

8. Akupuntur
Rawatan purba Cina ini juga boleh diaplikasikan. Seorang ahli akupuntur terlatih tahu semua titik tekanan pada tubuh yang boleh melegakan otot. Dapatkan ahli akupuntur bertauliah apabila otot anda berada dalam keadaan kurang selesa dan pastikan rawatan dilakukan dengan betul.

9. Senaman kardio ringan
Cuba berjalan di atas treadmill atau berbasikal secara ringan selama 10 hingga 15 minit selepas tamat sesi senaman. Ingat, pastikan latihan kardio ini tidak menjadi tekanan tambahan ke atas tubuh

12 CARA KEKAL KURUS & SIHAT





12 CARA KEKAL KURUS & SIHAT
1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.
Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif tetapi tidak konsisten.
2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik.
Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama.
3. Makanan Kesihatan (Supplement)
Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan tambahan atau supplement.
4. Berfikir Masak-masak Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.
5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas?
Sedangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.
6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.
Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten.
7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.
Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.
9. Elakkan Tekanan
Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan.
10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan.
Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik.
Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.
11. Jaga Tindakan & utamakan keselamatan
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas.
Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.
12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman.
Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.